Jumaat, 4 November 2011

Lawatan Pemantauan MBMMBI

Tarikh: 3hb November 2011
Hari: Khamis
Pegawai yang hadir memantau:
1. Dr.Soon Seng Thah; Timbalan Pengarah Pembangunan Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur
2. Tn.Hj Shamsuddin bin Hassan; Ketua Sektor Resos Pembelajaran Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
Pegawai-pegawai lain yang hadir:
1. En.Majid bin Ibrahim;Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Promosi Media dan Inovasi BTPN Melaka dan para Pegawai BTPN Melaka
2. En.Shaharum bin Abdullah; Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Melekek
3. En.Salehuddin; Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Melekek
4. En.Yusri bin  Suib; Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ganun


Ketibaan Dr.Soon Seng Thah dan Tn.Hj.Shamsuddin

 Dr.Soon Seng Thah dan Tn.Hj.Shamsuddin diiring ke Perpustakaan An-Nur


 Pn.Roziyati binti Asmari;Guru Perpustakaan dan Media selaku pengacara majlis pada hari tersebut
 Majlis pertemuan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd.Noor bin Lateh
 Pn.Nur Afidah selaku Guru Bahasa Malaysia Tahun 1 menerangkan mengenai pelaksanaan MBM di sekolah ini
 Pn.Hazratul Mardziah selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan guru yang telah menghadiri kursus MBI Ketua-ketua Panitia BI Negeri Melaka menyampaikan taklimat beliau mengenai pelaksanaan MBI di sekolah ini.

Pn.Hjh Napisah binti Ahmad selaku Guru Penolong Kanan 1  SKSE menyampaikan ucapan kata alu-aluan beliau mewakili pihak guru besar
Ucapan Timbalan Pengarah Teknologi Pendidikan Bhgn.Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur; 
Dr Soon Seng Thah
Sesi soal jawab; Pn.Hazratul Mardziah turut memberi respon tentang penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM kepada sekolah.
Fail-fail berkaitan MBMMBI turut dipamerkan semasa lawatan tersebut
Tn.Hj Shamsuddin selaku Ketua Sektor Resos Pembelajaran Bhgn.Teknologi Pendidikan KPM menyampaikan ulasan berkaitan pertanyaan guru-guru
Dr.Soon Seng Thah dan Tn.Hj Shamsuddin menandatangani buku pelawat Perpustakaan An-Nur
Para tetamu khas dijamu sebelum lawatan ke makmal komputer
Sesi bergambar bersama Dr.Soon Seng Thah,Tn.Hj Shamsuddin, Pegawai-pegawai BTP, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG dan Guru-guru SKSE yang terlibat dalam lawatan rasmi MBMMBI pada hari tersebut
Lawatan pemantauan Dr.Soon Seng Thah dan Tn.Hj Shamsuddin ke makmal komputer SKSE
Dr.Soon Seng Thah menandatangani buku pelawat makmal komputer SKSE
Pn.Suriani binti Saedon selaku Guru Bahasa Inggeris Tahun 1 Setia sedang menggunakan bahan digital Bahasa Inggeris dalam P&P beliau.
Dr.Soon Seng Thah dan Tn.Hj Shamsuddin melihat sendiri sesi P&P yang disampaikan oleh Pn.Suriani serta penggunaan bahan digital Bahasa Inggeris yang diguna oleh murid-murid Tahun 1.
Pn.Suriani bergambar bersama Dr.Soon Seng Thah dan Tn.Hj Shamsuddin
Turut bergamabar bersama, dari kiri Ketua Panitia BI Pn Hazratul Mardziah, Guru BM Tahun 1 Pn.Nur Afidah dan Cik Siti Zulaikha Guru Blog dan Dokumentasi.
Sebelum Dr.Soon dan Tn.Hj Shamsuddin berangkat ke sekolah lain untuk sesi pemantauan yang sama; Pn.Hjh Napisah menyampaikan cenderahati kepada Dr.Soon Seng Thah dan Tn.Hj Shamsuddin sebagai tanda penghargaan sekolah kepada Dr.Soon dan Tn.Hj Shamsuddin yang sudi melakukan kunjungan dan lawatan rasmi ke sekolah ini.

Ucapan terima kasih sekolah kepada semua guru-guru SKSE dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG yang banyak memberi bantuan dan kerjasama sempena dengan lawatan pemantauan MBMMBI ini. Moga segala pujian dan ucapan tahniah Dr.Soon dan Tn.Hj Shamsuddin atas pencapaian dan keberkesanan MBMMBI sekolah ini dapat menaikkan nama sekolah dan meningkatkan semangat guru-guru untuk mencipta kejayaan SK Simpang Empat. Syabas untuk semua warga SKSE!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...