Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mac 2012

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran 

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

- Artikel iluvislam.com

Wad Bersalin Paling Sibuk Di Dunia....

Info : http://www.orangmuo.com

Wad Bersalin Paling Sibuk Di Dunia...100 Kelahiran Sehari

Manila - Sebuah wad bersalin di Hospital Dr Jose Fabella Memorial Manila merupakan antara wad bersalin paling sibuk di dunia di mana 60-100 bayi dilahirkan pada setiap hari.  Ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran terpaksa berkongsi katil, 3 orang untuk satu katil!! Wad yang sedia ada terpaksa menampung sehingga 300 orang ibu bersalin berasak-asak di dalam wad yang sama.  Namun menurut  Ketua Doktor hospital berkenaan Dr Arlene Matanguihan," Kadang-kadang pada masa yang sama sehingga 16 orang berada di dalam bilik bersalin untuk proses kelahiran.  Namun kami masih mampu menguruskannya dengan baik, dan sehingga kini belum ada berlaku kejadian yang tidak diingini."
 Ibu-ibu menanti saat melahirkan terpaksa berkongsi katil kerana jumlah mereka terlalu ramai
Negara Filipina adalah negara kedua tertinggi  di dunia kadar  pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 2% setahun dengan purata 200 kelahiran setiap jam.  Antara faktor utama membantu kadar kelahiran tinggi di Filipina ialah kepercayaan agama yang kuat melarang penganut-penganutnya merancang keluarga kerana ia bertentangan dengan ajaran Kristian Katholik. 
Dogma: The country is 90 per cent Catholic and the religion believes birth control and abortion are contrary to 'God's will' that we procreate
 Overwhelmed: The ward sees an average of 60 babies born every day and can record up to 100 in a 24 hour period
 Kini dengan junmlah penduduk 90 juta orang, Filipina adalah negara yang paling padat penduduk selepas Indonesia.
 Ready to pop: Family planning laws currently before Congress will give mothers a chance to better raise their children and reduce pressure on services, say advocates

Selasa, 7 Februari 2012

Kura-kura Tertua Di Dunia

Seekor kura kura yang pernah didokumentasikan dalam gambar semasa perang Afrika (Boer War) pada tahun 1780 dulu kini ternyata masih hidup. Kini kura kura itu dinobatkan sebagai kura kura tertua didunia. Kura kura itu diberi nama Jonathan,kini berada di kepulauan South Atlantic Saint Helena,sama seperti lokasi dimana gambar sebelumnya diambil.
Jonathan kini tinggal di Saint Helena tinggal bersama kura kura yang lainnya,David,Speedy,Emma,Fredika dan Myrtle di sebeuah perkebunan. Walaupun usianya sudah terlalu tua (178 tahun) Menurut kata penduduk setempat,walaupun usia Jonathan masih tua,dia masih boleh bergerak aktif.
Kura-kura tertua sebelum ini ialah Harriet, kura-kura Tanah Gergasi Galapagos, yang meninggal dunia pada tahun 2005 dalam usia 175 tahun di Australia.


sumber : http://unikversiti.blogspot.com

Apakah Rabun Malam?

Rabun malam ialah sejenis penyakit dimana seseorang itu tidak berupaya melihat dengan jelas pada waktu malam dan apabila dalam cahaya yang malap. Penyakit ini biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak dan disebabkan oleh kekurangan vitamin A dalam diet harian. Kekurangan nutrien penting ini mengakibatkan gangguan pembentukan rodopsin, suatu pigmen dalam mata yang diperlukan untuk penglihatan normal.

Pengambilan Vitamin A dapat mencegah rabun malam, katarak dan dapat mengekalkan penglihatan

Ahad, 10 Julai 2011

Tokoh-Tokoh Islam


Biodata
Nama: Abdullah bin Abi Quhafah
Tarikh lahir: 572m, 2 tahun selepas kelahiran nabi
Tempat lahir: Mekah
Keturunan: Bangsawan Quraisy
Jawatan; Khalifah pertama daripada Khulafa’ Arrasyidin
Tarikh menjadi khalifah: 632m/11h
Tempoh memerintah: 2 tahun 3 bulan
Tarikh wafat: 23 Jamadil Akhir tahun 13H
Tempat dimakamkan: berhampiran makam Rasulullah S.A.W
Gelaran: Assidiq (kerana mengakui kebenaran Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Isra’ Mikraj)
Hubungan dengan Rasulullah: sahabat karib dan bapa mertua Rasulullah

Sifat Peribadi:
*       Bersopan santun
*       Pengasih dan penyayang
*       Berlemah lembut
*       Ikhlas dalam perjuangan
*       Bercakap benar
*       Tabah menghadapi dugaan
*       Setiakawan
*       Pembela kebenran
*       Benci kepada kejahatan
*       Jujur

Sumbangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebelum menjadi Khalifah:

*       Membebaskan penganut Islam yang diseksa dengan cara membayar tebusan
*       Menemani rasulullah S.A.W berhijrah
*       Sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa Rasulullah S.A.W
*       Sentiasa bersama Rasulullah S.A.W dalam semua peperangan
*       Mendermakan seluruh harta untuk membiayai Perang Tabuk
Jasa semasa menjadi Khalifah:
*       Menghapuskan golongan murtad
*       Menghapuskan golongan Nabi palsu
*       Menghapuskan golongan yang enggan membayar zakat
*       Membebaskan negeri yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi
*       Mengumpulkan tulisan Al-Quran

Iktibar
*       Menjalinkan hubungan silaturrahim berdasarkan iman dan takwa
*       Membantu saudara muslim yang kesusahan tanpa mengira bangsa
*       Berjihad pada jalan Allah S.W.T dengan jiwa dan harta
*       Bertanggungjawab dalam memilih pemimpin.

Biodata
Nama: Khadijah binti Khuwailid
Keturunan: Keluarga mulia dan berharta
Kerjaya: Ahli perniagaan yang berjaya
Perkahwinan: Isteri pertama Rasulullah. Usia 40 tahun ketika berkahwin dengan baginda
Tempoh memerintah: 2 tahun 3 bulan
Tarikh wafat: 620m, 3 tahun sebelum hijrah,dikurnia 6 orang anak
Wanita pertama memeluk Islam.

Sifat Peribadi:
*       Berakhlak mulia
*       Dermawan
*       Sabar
*       Penyayang
*       Berwawasan
*       Berfikiran kreatif

Sumbangan Saidatina Khadijah dalam perkembangan Islam
*       Isteri yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan terhadap perjuangan Rasulullah S.A.W
*       Isteri solehah yang setia dan jujur
*       Banyak memberi sumbangan,buah fikiran dan harta untuk perjuangan Rasulullah S.A.W
*       Memahami tanggungjawab Rasulullah S.A.W dan yakin kebenaran baginda

Tindakan Saidatina Khadijah r.a untuk mententeramkan Rasulullah S.A.W selepas menerima wahyu pertama

*       Menyelimutkan baginda
*       Memujuk supaya bertenang
*       Membawa Rasulullah S.A.W berjumpa sepupunya Warakah bin Naufal
*       Terus beriman kepada Rasulullah S.A.W
Iktibar
*       Berjihad menegakkan agama
*       Berusaha menjadi Isteri Solehah
*       Penyayang dan sanggup bersusah payah demi kebahagiaan dan keluarga
*       Mendidik anak dengan penuh kasih sayang
Biodata
*       Nama penuh Sumayyah binti Khabbat
*       Hamba kepada Abu Huzaifah al-Mughirah
*       Isteri kepada Yasir bin Amir
*       Anaknya Ammar bin Yasir
*       Memeluk Islam secara rahsia
*       Ditikam dengan lembing hingga mati oleh Abu Jhal
*       Wanita pertama mati syahid

Penyeksaan yang diterima dalam mempertahankan akidah
*       Dipakaikan baju rantai daripada besi dan dijemur ditangah panas
*       Ditikam dengan lembing oleh Abu Jahal

Sumbangan dan pengorbanan
*       Berani menyatakan yang hak
*       Sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kesucian akidah
*       Memberi teladan kepada umat Islam dalam mempertahankan agama
*       Memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan  perjuangan.

Iktibar
*       Wajib mempertahankan kesucian akidah
*       Tabah menghadapi ujian hidup
*       Pengorbanan yang ikhlas akan diberi ganjaran syurga
*       Usaha menegakkan Islam perlu pengorbanan yang tinggi

Biodata
*       Nama: Bilal bin Rabah
*       Tarikh lahir: 43 tahun sebelum Hijrah
*       Hamba kepada Umayyah bin Khalaf
*       Orang pertama menganut Islam di kalangan hamba
*       Memeluk Islam secara rahsia
*       Disiksa dengan teruk oleh tuannyaapabila diketahui bahawa beliau memeluk Islam
*       Telah dimerdekan oleh Saidina Abu Bakar
*       Salah seorang daripada 3 orang muazzin Rasulullah
*       Meninggal dunia tahun 2oh, berusia 63 tahun


Penyeksaan yang diterima dan ketabahan Bilal
*       Disiksa di padang pasir yang panas terik
*       Kedua belah kaki dan tangan diikat
*       Diletakkan batu besar diatas perutnya
*       Penyiksaan yang diterima tidak menggugatkan keimanan beliau
*       Mulutnya sentiasa menyebu ‘ahad,ahad” tanda mentauhidkan Allha S.W.T
Sumbangan dan pengorbanan Bilal
*       Muazzin yang pertama pada zaman Rasulullah S.A.W
*       Contoh teladan yang terunggul dalam mempertahankan kesucian akidah
*       Membantu Rasulullah mengembangkan dakwah di kalangan hamba

Iktibar
*       Menggunakan kebolehan untuk perkara yang baik
*       Melaksanakna tugas yang dipertanggungjawabkan dengan ikhlas
*       Mempertahankan kesucian akidah Islam
3 orang muazzin Rasulullah S.A.W
*       Bilal bin Rabah
*       Abu Mahzurah
*       Abdullah Umar bin Ummi Maktum

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...