Rabu, 6 Julai 2011

10 Minit Di Udara - Tema Pantun


Ø Pantun adalah puisi Melayu lama yang asli, tidak dipinjam atau dipengaruhi oleh mana-mana sastera asing seperti syair, gurindan dll. Keperibadian dan keunggulan pantun sebagai suatu bentuk puisi Melayu merupakan suatu yang khusus. Keistimewaan pantun dikagumi oleh ahli-ahli bahasa di seluruh dunia sehingga ada antara pakar-pakar bahasa mengiktiraf bahawa pantun Melayu merupakan salah satu bentuk puisi yang terindah di dunia.
Ø Pantun berangkap-rangkap. Dalam satu rangkap pantun ada pembayang maksud  dan maksud. Bagi pantun dua kerat, baris pertama di panggil pembayang maksud manakala baris kedua dipanggil maksud. Contohnya;
Siakap senohong gelama ikan duri,
           Bercakap bohong lama-lama mencuri.
            ( Siakap senohong gelama ikan duri = pembayang maksud
              Bercakap bohong lama-lama mencuri = maksud )
           
                        Satu, dua , tiga, empat,
                                   Siapa cepat dia dapat.
            ( Satu, dua, tiga, empat  = pembayang maksud
               Siapa cepat dia dapat  = maksud )

Ø Bagi pantun empat kerat pula, baris satu dan dua dipanggil pembayang maksud manakala baris tiga dan empat dipanggil maksud. Contohnya;
Buah cempedak di luar pagar,
           Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
           Kalau salah tolong tunjukkan.
(Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, = pembayang maksud
 Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.  = maksud )

Selasa, 5 Julai 2011

7 Perpustakaan Terbesar Di Dunia

Berikut adalah  7 perpustakaan terbesar di dunia :

1. Library of Congress

Library of Congress ini berada di Washington DC, Amerika Serikat. Library of Congress didirikan pada 1800. Perpustakaan ini memiliki stock lebih dari 30 juta buku. Library of Congress muncul di film National Treasure 2.

2. National Library of China

National Library of China berada di Beijing, Cina. National Library of China didirikan pada tahun 1909. Perpustakaan ini memiliki stock lebih dari 22 juta buku.

3. Library of the Russian Academy of Sciences

Library of the Russian Academy of Sciences berada di St Petersburg, Rusia. Library of the Russian Academy of Sciences didirikan pada 1714. Perpustakaan ini memiliki stock lebih dari 20 juta buku.

4. National Library of Canada

National Library of Canada terletak di Ottawa, Kanada. National Library of Canada didirikan pada tahun 1953. Perpustakaan ini memiliki stock lebih dari 18.800.000 buku.

5. German National Library

German National Library terletak di Frankfurt, Jerman. Ini didirikan pada tahun 1990. Perpustakaan saham ini lebih dari 18.500.000 buku.

6. British Library

British Library berada di London, Inggris. British Library didirikan pada 1753. Perpustakaan ini memiliki lebih dari 16 juta buku.

7. Institute for Scientific Information Russian Academy of Sciences

Institute for Scientific Information Russian Academy of Sciences terletak di Moskow, Rusia. perpustakaan ini didirikan pada tahun 1969. Perpustakaan ini memiliki lebih dari 13.500.000 buku.

sumber dari:  On The Spot Blog

Bulan Membaca SKSE 2011

Matlamat
Membina, memupuk sikap membaca dan mencintai ilmu dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Simpang Empat.

Tarikh dan masa pelaksanaan
Hari: Selasa, Rabu dan Khamis sepanjang Bulan Julai
Masa: 7.10 pagi-7.45 pagi / 10.15 pagi - 11.05 pagi

Tempat Pelaksanaan
Dataran Razah dan Pusat Sumber An-Nur

Sasaran Peserta
Semua murid SKSE (Tahap 1, Tahap 2 dan Kelas Pendidikan Khas)

Anjuran
Pusat Sumber An-Nur & Panitia Bahasa Malaysia


Bulan Membaca Kebangsaan



Bulan Ogos telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan untuk menepati tuntutan matlamat ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya maklumat. Perpustakaan Negara Malaysia sebagai institusi yang terlibat secara langsung dengan usaha menggalakkan pembacaan dan juga selaku Urusetia Gerakan Membaca telah melancarkan Bulan Membaca Kebangsaan yang pertama pada 31 Julai 1995.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan pada ketika itu bertemakan "Mari Membaca Bersama". Sempena Bulan Membaca ini, beberapa program telah diatur sepanjang bulan seperti Pameran; Pertandingan Fotografi; Kem Komputer; dan Konvensyen Bercerita Asean.

Bermula tahun 2001 pada bulan Julai telah diistiharkan Bulan Membaca Kebangsaan bagi menggantikan bulan Ogos. Majlis telah dilancarkan oleh Dato' Seri Dr. Siti Hasmah Haji Mohd. Ali pada 16 Julai 2001. 


Sumber:
Majlis Pelancaran Bulan Membaca 1995 
Perpustakaan Negara Malaysia, 1995.

Koleksi Gambar Majlis Pelancaran Bulan Membaca 2011

Tarikh: 4hb Julai 2011
Hari: Isnin
Tempat: Dataran Razah; Perhimpunan Rasmi


















Promosi Majalah Kuntum

 Promosi Majalah Kuntum & Kempen 1 Murid 1 Majalah 
 

Pn. Nasriyah bt. Rahmat dari STAR
mempromosi majalah Kuntum 

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...