Ø Pantun adalah puisi Melayu lama yang asli, tidak dipinjam atau dipengaruhi oleh mana-mana sastera asing seperti syair, gurindan dll. Keperibadian dan keunggulan pantun sebagai suatu bentuk puisi Melayu merupakan suatu yang khusus. Keistimewaan pantun dikagumi oleh ahli-ahli bahasa di seluruh dunia sehingga ada antara pakar-pakar bahasa mengiktiraf bahawa pantun Melayu merupakan salah satu bentuk puisi yang terindah di dunia.
Ø Pantun berangkap-rangkap. Dalam satu rangkap pantun ada pembayang maksud dan maksud. Bagi pantun dua kerat, baris pertama di panggil pembayang maksud manakala baris kedua dipanggil maksud. Contohnya;
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
( Siakap senohong gelama ikan duri = pembayang maksud
Bercakap bohong lama-lama mencuri = maksud )
Satu, dua , tiga, empat,
Siapa cepat dia dapat.
( Satu, dua, tiga, empat = pembayang maksud
Siapa cepat dia dapat = maksud )
Ø Bagi pantun empat kerat pula, baris satu dan dua dipanggil pembayang maksud manakala baris tiga dan empat dipanggil maksud. Contohnya;
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
(Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, = pembayang maksud
Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. = maksud )
0 ulasan:
Catat Ulasan