Isnin, 25 April 2011

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia



LATAR BELAKANG DAN RASIONAL
            Semenjak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan , Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( UNESCO ) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ( World Book and Copyrights Day ). Setiap tahun lebih daripada 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan perbukuan, dan perlindungan harta intelek melalui hak cipta.
            Majlis Buku Kebangsaan Malaysia ( MBKM ) ingin menyarankan agar Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia  turut disambut pada peringkat sekolah bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah. Oleh yang demikian, sekolah digalakkan mengadakan satu perhimpunan khas pada tarikh 23 April untuk merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Antara aktiviti lain yang boleh dirancang di peringkat sekolah, termasuklah mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dan perbukuan bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan pelajar di seluruh negara.

TARIKH PELAKSANAAN
            Tarikh sebenar yang ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( UNESCO ) adalah pada 23 April setiap tahun. Walau bagaimanapun, sekolah boleh memilih tarikh yang bersesuaian tetapi tidaklah terlalu lama dari tarikh sebenar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...