Selasa, 27 Mac 2012

TOKOH NILAM 2012.....

Ucapan tahniah kepada adik Nurul Hidayu kerana berjaya mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan kategori TOKOH NILAM 2012......




TOKOH
NILAM     2012






BIODATA TOKOH NILAM 2012

NAMA  :  NURUL HIDAYU BT. ANUAR
TARIKH LAHIR  :  21 JUN 2000 
TEMPAT LAHIR   :  HOSPITAL ALOR GAJAH
NAMA AYAH  :  ANUAR B. ISMAIL
PEKERJAAN  :  GURU
NAMA IBU  :  HANISAH BT. HAMID
PEKERJAAN  :  GURU
HOBI  :  MEMBACA, BERMAIN BADMINTON, MENYANYI,MELAYARI INTERNET
IDOLA  :  NABI MUHAMMAD S.A.W  & A. SAMAD SAID
JAWATAN DI SEKOLAH  :    PENOLONG KETUA PENGAWAS SEKOLAH
                                                NAIB PENGERUSI  PBSM
                                                N/PENGERUSI  KELAB  PENDIDIKAN ISLAM
                                                NAIB PENGERUSI BOLA JARING
                                                KUMPULAN NASYID SEKOLAH
                                                KUMPULAN KALAM JAMAIE





AKTIVITI YANG DISERTAI
 
BIL.
TAHUN
         AKTIVITI
( PERSATUAN / KELAB )
JAWATAN /
KEDUDUKAN
PERINGKAT
( SEKOLAH  / DAERAH / NEGERI / KEBANGSAAN )
1.
2008
PENGIKTIRAFAN TAHAP JAUHARI
GANGSA
SK. SIMPANG EMPAT
2.
2009
IHTIFAL KHATAM AL-QURAN PROGRAM J-QAF : KALAM JAMAIE
JOHAN
KAWASAN ALOR GAJAH
3.
2009
IHTIFAL KHATAM AL-QURAN PROGRAM J-QAF : KALAM JAMAIE
PESERTA
NEGERI MELAKA
4.
2009
PENGIKTIRAFAN TAHAP JAUHARI
PERAK
SK. SIMPANG EMPAT
5.
2009
PENGIKTIRAFAN RAKAN PEMBACA
GANGSA
SK. SIMPANG EMPAT
6.
2009
PENGIKTIRAFAN TAHAP JAUHARI
EMAS
SK. SIMPANG EMPAT
7.
2009
PENGIKTIRAFAN TAHAP RAKAN PEMBACA
PERAK
SK. SIMPANG EMPAT
8.
2011
KUIZ KESIHATAN SEKOLAH RENDAH
PESERTA
DAERAH ALOR GAJAH
9.
2011
PERTANDINGAN KALAM JAMAIE SEKOLAH RENDAH
PESERTA
NEGERI MELAKA
10.
2011
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH
PESERTA
DAERAH ALOR GAJAH
11.
2011
KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
PESERTA
DAERAH ALOR GAJAH
12.
2011
PERTANDINGAN SAJAK KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
SAGUHATI
DAERAH ALOR GAJAH
13.
2011
PROGRAM KARNIVAL INTEGRASI 1 MALAYSIA
PESERTA
KEBANGSAAN
14.
2011
PERINGKAT AWAL KUIZ PENGETAHUAN SEKOLAH RENDAH
PESERTA
DAERAH ALOR GAJAH
15.
2011
PENGIKTIRAFAN TAHAP JAUHARI
NILAM
SK. SIMPANG EMPAT
16.
2011
PENGIKTIRAFAN TAHAP RAKAN PEMBACA
EMAS
SK. SIMPANG EMPAT
17.
2011
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO BAHASA INGGERIS
JOHAN
SK. SIMPANG EMPAT
18.
2011
PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK ANTARA PERSATUAN
JOHAN
SK. SIMPANG EMPAT
19.
2011
PERTANDINGAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH
WAKIL SEKOLAH
KAWASAN ALOR GAJAH
20.
2011
PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA
PESERTA
KEBANGSAAN
21.
2011
ANUGERAH NILAM
TOKOH NILAM
SK. SIMPANG EMPAT


































BAHASA MELAYU    :   818 BUAH
BAHASA INGGERIS  :   404

JUMLAH  :   1222 BUAH


 - Bercerita
-
Syarahan
-
Lakonan
-
Membaca bersama
-
Meminjamkan buku
-
ulasan buku

markah keseluruhan
rakan pembaca    =  375

pengiktirafan   =  emas


      
PENAMPILAN  :  KEMAS , MENARIK
SIKAP               :  RAJIN, SEDIA MEMBANTU BERSOPAN SANTUN,

                           BERBUDI BAHASA, PEMALU
PRESTASI        :    BERADA DALAM
kumpulan cemerlang 
Kekuatan     : -  mempunyai keyakinan diri
                         - 
mempunyai bakat kepimpinan
                         - 
aktif di dalam bidang akademik dan

                             ko-kurikulum


 Tahniah adik Nurul Hidayu binti Anuar atas pencapaian tempat kedua Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan pada 2hb November 2011 bertempat di BTPN Melaka.











Khamis, 1 Mac 2012

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran 

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

- Artikel iluvislam.com

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...